|
Batu Asah
Bunyinya agak luar biasa menjadi kebanggaan si empunya makin besar makin gempita ada ketika bergetar isi rasa penghubung dua hala manusia simbol kemajuan penghuni maya.
Gelarnya objek si batu asah menarik dan mengelirukan tersenyum si empunya bangga atau aib di hati terserahlah...
Persoalan mungkin sesekali timbul kenapa digelar si batu asah sedangkan asalnya selular biasa sama fungsi bentuknya berbeza mungkin ada sesuatu mencuit hati di sebalik kisah si batu asah.
Hari ini si batu asah terkenal siapa tahu esok lusa batu asah sudah tiada muncul pula si batu geliga sakti mungkin satu ketika kelak tatkala dimensi baru menjengah batu asah sudah lenyap dari muka bumi mungkin...
Nukilan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin (Mukah : 25 Disember 2000)
|
|