<BGSOUND src="//www.oocities.org/myril88/mymelody.mid" LOOP=INFINITE>
Daerah Waktu

Buat mereka yang di perbatasan
Berjuanglah...
Buat mereka yang di persimpangan
Sedarlah...
Buat mereka yang masih bermimpi
Bangunlah...
Buat mereka yang belum kembali
Pulanglah...

Berjuanglah supaya sedar
Bangunlah dan pulanglah...
Pulanglah ke daerah asalmu
Daerah waktumu dicatit gerak dan niat
Kerana setiap saatmu adalah suatu langkah
Menuju jalan kemakmuran...

Kembalilah !




Nukilan :

Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin
Pekan, Pahang
(4 November 2001 - 11.40 am)