Tarian Hala adalah sebuah tarian yang dikaitkan dengan semangat sawah padi dan popular di Negeri Kelantan. Seperti tarian-tarian seumpamanya, Tarian Hala diawasi oleh seorang pawang. Tarian ini dipersembahkan di sawah padi dan dikepalai oleh seorang penari utama dan enam orang inang yang akan menari sebagai mewakili penduduk kampung tersebut.
Tujuan utama tarian hala adalah sebagai berterima kasih di atas hasil
persawahan yang diperolehi oleh mereka. Sebab itulah tarian ini ditarikan
selepas musim menuai.