








|
|
ASMA
TIADA UBAT, PERLU DICEGAH
Asma
atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi
termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan
kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.
Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung
kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara
mengecil dan menghalang pernafasan.
Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup
salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.
Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh
pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara
tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan
pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk
rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.
Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan
mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan
mendapat jangkitan pada paru-paru.
Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin,
wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika
mengambil ubat berkenaan.
Apa
patut anda buat jika diserang asma.
Sebaik
sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit
dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa
30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.
Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang
disyorkan.
Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.
Bagaimanapun,
ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan
kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh,
kesukaran hendak tidur dan letih.
|
|




|