BAU NAFAS CACATKAN KECANTIKAN

Bakteria

Bakteria antara punca utama bau nafas. Masih ingat lagi pesanan ibu bapa dan guru sewaktu kecil agar kita menggosok gigi sebelum tidur? Menurut pakar pergigian, bakteria mulut, anaerobic, punca utama masalah.

Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan.

Walaupun cepat membiak, bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Justeru, ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas, VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.

Mulut kering Air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun, pengeluaran air liur berkurangan ketika tidur, menyebabkan mulut kering dan nafas berbau setiap pagi. Bagaimanapun, jika mulut kering pada waktu siang, ia petanda ada penyakit atau kesan sampingan kandungan dadah di dalam ubat.

Titisan ubat hidung Lendir mudah terbentuk kesan penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung. Lendir ini terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik rongga bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengurang / mengatasi masalah nafas berbau

Diet Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur meningkat. Jika berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan bau nafas.

Pengeluaran hormon  Biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ia bukan sahaja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik. 

Jenis makanan  Makan jangan sebarang makan kerana sesetengah jenis makanan menyebabkan nafas berbau. Antaranya, makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan. 

 

 

 

 

 

1