Cara BerWuduk

Pengertian wuduk
Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Hukum berwuduk
1. Wajib
a. Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
2. Sunat
a. Ketika hendak mandi wajib
b. Hendak membaca al-Quran, hadis dan buku
c. Ketika hendak tidur
d. Ketika marah

 

Dalil wuduk
Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran ayat 6 surah al-Maidah yang bermaksud
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu hingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali.”

Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud:
“Dari Humran bahawa Uthman bin Affan ra. meminta (dibawa kepadanya) air untuk mengambil wuduk, lalu ia berwuduk iaitu (mula-mula) ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali. 

Kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air dengan hidung serta menghembuskannya, membasuh mukanya tiga kali, membasuh tangan kanannya tiga kali dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian ia menyapu sedikit dari kepalanya, membasuh kaki kanannya meliputi buku lali tiga kali dan seterusnya kaki kirinya (seperti itu juga). Setelah itu ia, (Uthman) berkata: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. berwuduk seperti wudukku ini.”

 

Syarat sah wuduk
1. Islam (tidak sah wuduk orang kafir)

2. Mumaiyyiz

3. Menggunakan air mutlak (tidak sah menggunakan air mustakmal atau air mutanajis)

4. Tiada sesuatu yang boleh menghalang air daripada sampai pada anggota wuduk 
seperti getah, kapur dan cat kuku.

5. Meratakan air ke seluruh anggota badan.

6. Suci daripada haid dan nifas

7. Tiada sesuatu pada anggota wuduk yang dapat mengubah air seperti bedak.

 

 

 

 

 

1