Dermalah Darah

Setiap hari,darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.Pihak Hospital memerlukan bekalan darah yang mencukupi & selamat untuk kegunaan pesakit.Sumber bekalan darah hospital seluruh negara diperolehi dari penderma darah.Penderma darah adalah golongan yang bersikap prihatin & penyayang.
Mereka merupakan aset yang amat bernilai pada masyarakat & negara kerana melalui pendermaan darah yang mereka lakukan boleh membantu menyelamatkan nyawa.
Namun begitu,sama ada kita sedar atau tidak ada insan-insan yang malang terlantar yang memerlukan bantuan serta pertolongan dari kita untuk mengubati & merawat penyakit yang mereka alami.
Mereka tidak meminta wang ringgit tetapi setitis darah untuk kehidupan yang lebih bermakna di kemudian hari. Justeru itu,marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka.
Setitis darah yang kita dermakan besar nilainya kepada semua pesakit.

"Ingatlah kehidupan tidak akan wujud tanpa darah".

Anda layak menderma Darah jika......

Berumur 18-60 tahun (17 tahun layak menderma atas kebenaran ibu bapa)

Berat badan melebihi 45 KG.

Tidak hamil @ datang haid.

Tidak menghidap penyakit darah tinggi,kencing manis,sawan,kelamim,AIDS,dll.

Tidak amalkan seks sejenis,berbilang pasangan & melanggan pelacur.

Tidak menghisap dadah

 ...Dengan menderma darah,anda tidak akan......

Menjadi gemuk atau kurus (disebabkan pemakanan,senaman atau keturunan)Ketagihan (Kekerapan menderma adalah hak anda) Kehabisan Darah  (Orang dewasa ada 10-12 pain.Darah didermakan lebih kurang 1 pain) Dijangkiti penyakit seperti AIDS & sebagainya (Peralatan bersih & sucihama)

 

 

 

 

 

1