Amanat Haji Hadi

 ''Saudara-saudara sekalian.

 Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.

Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir.

''Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita  adalah mati Islam.''Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak  payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi  kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku''.

 

 

 

 

 

 

1