|
|
|||
Fungsi
Buah Pinggang Kedua-dua
buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga
abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang.
Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang
ke pundi-pundi. Setiap
buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil
dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar
buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid
amino, garam dan bahan kotoran daripada darah. Buah
pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri
renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini
memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub itu
dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang
diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah
pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang
ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam
pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi
saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke
urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang. Selain
membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang
terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat,
air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah.
Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan
dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda
banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat
sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup. Sistem
buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air
kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun,
sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki
urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak
dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang
dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air
kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang
terkumpul. |
|