








|
|
Hadis
Nabi
Nabi
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang tetap (istiqamah) mengerjakan sembahyang sunat
sebelum
dan sesudah Zohor empat rakaat, maka Allah akan mengharamkan dirinya
daripada api neraka"
Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi dari Ummu Habibah r.a.
Nabi s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
"Setiap isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa apa-apa
(tanpa alasan yang dapat di benarkan) maka haram atasnya bau syurga".
-Riwayat Abu daud dan Al-Tirmizi-
Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya kamu sekelian pada hari kiamat akan dipanggil dengan
nama kamu sendiri dan nama bapa kamu. Kerana itu hendaklah kamu
perindahkan nama kamu".
-Riwayat Abu Daud-
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
"Tiga doa yang sanagat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa
doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir"
-Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud dan Al-Tirmizi-
Nabi s.a.w.
bersabda yang bermaksud;
"Tidak dihalalkan seseorang muslim memulau sesama muslim dari
tiga hari tiga malam, maka sesiapa yang memulaukan lebih dari
tiga hari tiga malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka".
-Riwayat Abu Daud & An-Nasa'i-
Nabi s.a.w
bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba
selama dia belum nazak akan mati".
-Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Umar r.a.-
SATU DI ANTARA 10 PERKARA YANG
SIA-SIA
Laki-laki atau perempuan yang berdoa untuk dirinya sendiri,
tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum Muslimin.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
"Empat perkara yang tidak pernah puas dari empat perkara, 1 tanah
dariair, 2 wanita dari laki-laki, 3 mat adari memandang (melihat),
4 orang alim dari ilmu".
-Riwayat Hakimi-
Sabda
Rasulullah yang bermaksud:
"Empat perkara yang membinasakan, 1 penglihatan yang tertutup,
2 hati yang kesat, 3 tamak (rakus), 4 panjang angan-angan".
-Riwayat Abu Na'im dari Anas r.a.-
"Jihad yang paling besar ialah berkata benar kepada pemerintah yang
zalim" maksud Hadith Nabi s.a.w."
|
|




|