|
|
|||
|
IMUNISASI HEPATITIS B Anda
sedang menunggu kelahiran bayi anda. Bayi anda yang baru lahir
memerlukan segala kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang anda mampu
berikan.Imunisasi adalah satu cara perlindungan yang baik untuk bayi
anda. Ia boleh melindungi bayi anda daripada berbagai jenis penyakit
berjangkit yang kerap berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak seperti
penyakit tibi, kerongkong, batu kokol, campak dan sebagainya. Sekarang
anda boleh melindungi bayi anda daripada Hepatitis B! Mulai Januari
1989, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan
imunisasi Hepatitis B untuk semua bayi yang baru lahir. Apakah
Hepatitis B? Hepatitis
B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman
iaitu virus Hepatitis B.Hepatitis B merbahaya kerana setengah pesakit
terus membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka
telah pulih daripada jangkitannya.Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko
tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati,
kerosakan hati dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis
barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita. Pembawa
Hepatitis B juga mengacam kesihatan orang lain oleh kerana mereka boleh
memindahkan virus itu kepada orang lain.Setakat ini, tiada ubat yang
boleh menyembuhkan penyakit ini.Bayi yang baru lahir menghadapi risiko
tertinggi.Bayi yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan pesakit atau
pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap
Hepatitis B. Bayi-bayi yang dijangkiti melalui ibu mereka akan menjadi
pembawa seumur hidup dan menghadapi risiko tinggi menghidap barah hati. 0leh
kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko tinggi untuk menjadi
pembawa Hepatitis B, mereka perlu diberikan imunisasi Hepatitis B.
Imunisasi ini adalah selamat dan tidak memberikan kesan-kesan sampingan.
Imunisasi
Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos seperti berikut: Dos
Umur :
Tiga
dos diperlukan untuk memastikan bahawa bayi anda menerima perlindungan
lengkap terhadap Hepatitis B. |
|