Manfaat seks pada lelaki

Selain daripada memenuhi keperluan batin dan memuaskan nafsu, seks mempunyai banyak kelebihan untuk lelaki dalam menjalani kehidupan seharian. Antaranya dikatakan:


Menguatkan sistem ketahanan tubuh badan di mana dengan adanya orgasma ia akan meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih yang akan menentang kesakitan dan penyakit.


Memperbaiki tubuh badan melalui regangan dan pergerakan yang terlibat ketika melakukan hubungan kelamin merupakan senaman untuk tubuh badan. Ia berkesan terutamanya pada otot-otot perut, paha dan punggung.

Menurunkan berat badan kerana seks yang bertenaga adalah satu bentuk senaman yang hebat. Dalam satu sesi, kamu boleh membakar kira-kira 200 kalori, yang bersamaan 25 minit di atas Stairmaster, 45 minit berbasikal atau setengah jam berjoging.

Membuat wajah berseri-seri di mana kehidupan seks yang hebat akan menjadikan kulit lebih cantik berbanding menggunakan sebarang losen atau ubat. Apabila orang yang anda sayangi menyentuh diri anda, ia akan kelihatan di wajah. Anak mata anda membesar dan rona merah kelihatan pada pipi. Ini akan membuatkan wajah anda kelihatan berseri-seri.