Pentingnya Kalsium dan Magnesium

Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih menggembirakan selain daripada melihat anak anda membesar dengan kuat dan sihat. Zat makanan yang baik adalah penting untuk kemampuan kanak-kanak memberi tumpuan, belajar, bermain dan membesar. Sistem rangka yang kuat dan sihat penting untuk tumbesaran yang sempurna. Sistem rangka kanak-kanak adalah tulang belakang badannya, menampung secara menegak jisim otot dan organ yang mungkin 5 kali lebih berat daripada tulang itu sendiri.

Tulang sentiasa memperbaharui dirinya. Sewaktu kecil, tulang dibentuk pada kadar yang lebih cepat berbanding sekiranya ia patah. Sewaktu remaja, peningkatan paras hormon di dalam budak lelaki dan perempuan akan mengakibatkan penyimpanan tulang baru yang bertambah. Maka, pembentukan jisim tulang yang maksimum berlaku terutamanya dari saat dilahirkan sehingga berumur 20 tahun.

Kalsium adalah penting, permulaan bagi tulang dan gigi yang sihat. Kira-kira 90% kalsium disimpan di dalam tulang dan gigi. Satu peratus terbabit dalam mekanisma pembekuan darah, dalam penghantaran saraf dan pengecutan otot. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan kecacatan bentuk tulang, sekaligus penyakit riket wujud di kalangan kanak-kanak.Magnesium, teman membina tulang. Kira-kira 70% daripada bekalan badan terletak di dalam tulang, manakala 30% dijumpai di dalam tisu lembut dan cecair badan. Peranan-peranan magnesium termasuk :

- Dalam sel, ia mengaktifkan enzim-enzim yang diperlukan untuk metabolisme karbohidrat dan asid amino.
- Membalas kesan rangsangan kalsium dalam pengecutan saraf otot (neuromuscular).
- Membantu menggalakkan penyerapan dan metabolisme kalsium, sekali gus membantu tumbesaran tulang dan saraf dan otot dapat berfungsi dengan sempurna.

Kekurangan magnesium mungkin melibatkan gerenyetan otot, ketaran, kemurungan, kerengsaan, degupan jantung yang tidak sekata dan kebingungan. Kalsium disimpan tahun demi tahun di dalam rawan, yang akhirnya menjadi tulang, dan proses ini dikenali sebagai penulangan (osifikasi).Anak-anak anda sekarang ini sedang membina bank tulang yang mana mereka boleh mengeluarkannya di sepanjang perjalanan hidup mereka dan jika bank mereka tidak begitu berkembang semenjak dari kecil, tulang mereka mungkin tidak cukup kuat apabila sudah tua nanti. Kekuatan tulang boleh dikekalkan dengan amalan gaya hidup yang baik seperti senaman dan pengambilan kalsium yang mencukupi.