KEAMPUNAN DENGAN MENJAWAP AZAN

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang

wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka

mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya

sendiri serta beberapa orang penyanyi yang

menjadi penghiburnya.Apa yang menjadi

kelebihannya ialah apabila terdengar saja

seruan Azan dia akan segera memerintah

penyanyi dan permuziknya itu berhenti untuk

seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai

dan menjawap azan barulah disambung semula,hanya

itulah amalan yang sentiasa dijaganya.Setelah dia

meninggal ramai dari kalagan orang-orang yang soleh

telah bermimpi bertemu dengnnya, tanya mereka,

"Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan

dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah

kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan

banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak

banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu

iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu

itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian

maka dengan serta merta aku menyuruh mereka

memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya.

Sebagai balasan , Allah berfirman,"Kamu dilarang

menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di

dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam

Keadaan leka"