|
|
|||
KEBESARAN
AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah.semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan
kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syatan,kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. Mengikut
keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak
18kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimudahkan
rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana
dengan izin Allah.Syeikh Abu abbas ada menerangkan, siapa
yang membacanya sebanyak 50kali lalu dituipkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta memudahkannya menerima
ilmu pengetahuan.
|
|