|
|
|||
KEJADIAN
BIDADARI
Petikan dari satu
riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah
menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau
dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan
iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.
Bermula dari jari-jari kakinya hinggake lutut adalah dari bauan
misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran.
Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar. Dari leher
hingga ke kepalanya adalah dari kafur.
Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing
dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat
10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin
yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.
Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan
mutiara dan permata yang bergemerlapan. Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah
besabda, "
Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia
dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran.
Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka". |
|