|
|
|||
HaliaDari
India kuno dan Cina kuno membawa kepada Yunani dan Rom, halia (zingiber
officinale) disanjung sekaligus sebagai bahan perubatan dan perasa dalam
masakan. Orang Yunani kuno mendapati halia amat berkesan untuk
penghadaman, lantas mereka mengadunkan halia ke dalam pembuatan roti
mereka. Demikianlah lahirnya roti-halia (gingerbread). Herba ini
didapati tumbuh di beberapa daerah India dan Cina, Jamaica dan
kawasan-kawasan tropika yang lain. Sebagai rempah ratus, halia
menambahkan rasa pedas dan masam kepada masakan Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas 40 orang kadet perkapalan yang mengambil satu gram serbuk halia setiap hari dan hasilnya membuktikan kadet-kadet ini kurang risiko terhadap mabuk laut, muntah-muntah dan berpeluh dalam cuaca sejuk. Oleh kerana halia bertindak terutamanya pada sistem penghadaman, menambahkan cecair penghadaman dan meneutralkan asid, ia menjadi alternatif perubatan terbaik kepada ubat anti loya dan rasa pitam. Pengambilan halia lebih selamat daripada pengambilan ubat anti loya ini. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang bakal menjalani pembedahan yang bersabit dengan sakit puan, menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil satu gram halia sebelum dibedah akan kurang mengalami loya dan muntah selepas pembedahan dijalankan. Halia juga didapati dapat melawan rasa loya disebabkan kemoterapi. Pesakit yang menjalani kemoterapi dinasihatkan supaya halia itu dimakan bersama makanan lain untuk mengurangkan sebarang kesan radang pada perut. Keberkesanan halia untuk membanteras rasa loya menjadikannya amat berguna bagi mengurangkan rasa pening dan pitam yang sering dikesan pada pesakit yang sudah berumur, juga untuk mengubati rasa loya kerana hamil. Halia dapat melegakan rasa loya semasa hamil yang sering dialami pada peringkat pertama trimester. Dinasihatkan bakal ibu mengambil 250 mg halia, empat kali sehari tetapi pengambilan halia patut dihentikan selepas bulan ketiga. Selain itu, halia juga digunakan dalam ramuan perubatan untuk membuang angin. Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Herba ini boleh didapati dalam banyak bentuk: kapsul, tablet, jel-lembut, serbuk, minyak, cecair, halia segar atau kering, dan halia hablur. Untuk otot yang sakit, minyak halia yang dicampurkan dengan minyak neutral lain boleh digosokkan kepada bahagian yang sakit itu. Gosokan itu dapat melegakan kesakitan. Sekiranya mengalami alahan, empat cawan teh halia sehari akan dapat mengurangkan simtom-simtom alahan. Halia didapati selamat untuk pelbagai perubatan, sama ada dimakan dalam ben-tuk kapsul, mahupun dimakan segar, atau diminum dalam bentuk minuman teh. Namun mungkin terdapat satu kesan sampingan, jika halia diambil secara berlebihan. Setakat ini pengambilan halia yang berlebihan akan menyebabkan radang hati. |
|