Hebatnya Khasiat Lobak

LOBAK atau "carrot" dipercayai berasal dari pertengahan Asia dan dijumpai pada 3,000 tahun yang lalu. Lobak yang pertama dikatakan berwarna putih, ungu, kuning, merah dan bukannya jingga. Lobak berwarna jingga wujud pada tahun 1600. Tanaman lobak mempunyai lebih 2,500 spesis yang asalnya daripada tumbuhan asli.Sebenarnya, lobak mengandungi pelbagai khasiat dan kepentingannya yang tersendiri. Ia mengandungi 87 peratus kandungan air, kaya dengan mineral, vitamin A, B, C, D, E dan karbohidrat. Lobak bebas daripada kandungan lemak dan kolestrol.

Baik untuk penglihatan
Ia mengandungi vitamin A dan beta-karotin yang dapat membantu penglihatan menjadikan mata anda lebih bermaya terutamanya di waktu malam. Di samping itu, ia juga dapat mengubati pelbagai penyakit mata.

Mengubati pelbagai penyakit
Menurut kajian, lobak dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser, sakit jantung dan tekanan darah. Lobak terutama jusnya mempunyai khasiat yang tinggi dan berkesan mengubati penyakit gastrik, sakit perut, cirit-birit dan baik untuk penghadaman.

Penyakit perempuan
Golongan wanita digalakkan memakan lobak kerana kandungan beta-karotin dan vitamin A dapat menseimbangkan peredaran darah dan mengurangkan bau tidak menyenangkan ketika haid. Selain itu, lobak juga membantu pertumbuhan tulang rapuh, osteoporosis di kalangan orang tua dan mereka yang mengandung.

Kecantikan kulit dan payu dara
Kini, kebanyakan saintis menggunakan lobak dalam penggunaan kecantikan kosmetik. Ini termasuk krim payu dara yang berupaya merangsang hormon payu daranya dan peredaran susu di kalangan wanita. Disamping itu, lobak digunakan sebagai herba kecantikan yang dapat mengubati penyakit kulit kering, berjerawat, sensitif dan mengurangkan kedutan pada muka.

Rawatan muka
Anda juga boleh menggunakan lobak untuk rawatan muka. Gunakan 'mask' lobak untuk beberapa minit ketika berehat atau sebelum tidur supaya anda nampak lebih ceria. Kini, penggunaan lobak semakin meluas dan digunakan dalam pelbagai cara. Anda boleh makan secara mentah atau dimasak bersama ramuan lain. Akan tetapi berdasarkan kajian, lobak tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit anda bertukar kuning