








|
|
Khasiat
Ulam
Ulam
sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sebahagian besar masyarakat
Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah, kini ulam digunakan untuk
pelbagai kegunaan dan mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kegunaan
semua masyarakat. Sebenarnya, ulam terdiri daripada 8,500 spesis
tumbuhan berbunga dan 120 spesis ulam lain dan digunakan sebagai pembuka
selera.
Petai
Biasanya, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan tropika. Ia tumbuh
sendiri di dalam hutan atau kawasan kampung. Daunnya berbulu halus dan
mempunyai tangkai yang panjang. Buah petai adalah dalam bentuk lenggai.
Lenggainya leper dan panjang yang mengandungi sehingga 20 biji benih.
Semasa muda lenggainya berwarna hijau dan warna kehitaman setelah tua.
Biji petai jeruk dianggap sebagai pembuka selera dan baunya yang kuat.
Buah petai mempunyai protein, Vitamin C dan niasin yang boleh mengubati
penyakit pada sistem pembuangan air kecil. Ia juga berupaya mengurangkan
penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Jering
Jering biasanya tumbuh sendiri di kawasan hutan atau kampung. Biji
benihnya yang muda boleh dimakan secara mentah sebagai ulam yang dicicah
sambal. Digunakan sebagai pembuka selera. selain dijadikan pembuka
selera, jering juga mempunyai khasiat yang tinggi. Ia terdiri daripada
84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% gentian. Buah
jering dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Kerdas
Ia boleh didapati di kawasan hutan atau di lereng-lereng bukit. Rupanya
adalah lebih kurang sama dengan petai. Akan tetapi, baunya adalah lebih
kuat daripada petai. Ia boleh digunakan untuk membuat tempoyak atau
cencaluk. Cara makan dan khasiatnya adalah lebih kurang sama dengan
petai.
Terung Pipit/Rimbang
Terung Pipit boleh dimakan bersama tempoyak. Ia digemari oleh masyarakat
Hindu yang memanggilnya 'rimbang'. Khasiatnya adalah untuk menerangkan
mata terutamanya untuk mereka yang mata rabun.
|
|




|