GULA

Kebanyakan kita menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai.  Namun gula juga merangkumi gula mentah, madu, sirap jagung dan sirap pekat.  Gula juga wujud dalam berbagai bentuk seperti glukos, sukros, laktos, fruktos, dn maltos.  Gula adalah kabohidrat ringkas yang membekalkan hanya tenaga  (kalori) dengan sedikit zat makanan yang lain.

Di mana terdapat gula?
.
Secara semulajadi
Gula ujud semulajadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

Secara tersembunyi
Gula ditambah pada makanan semasa pemerosesan dan penyediaan makanan di rumah.  Contohnya minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional.

Gula dan kesihatan anda.
Badan menghasilkan gula dari makanan yang dimakan.  Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.  Oleh itu, untuk kesihatan anda berwaspadalah dengan pengambilan gula anda.
.
Terdapat dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan.  Pertama, ia menyebabkan kegemukan.  Kegemukan adalah satu risiko yang dikait rapat dengan penyakit diabetis dan penyakit jantung.
.
Kedua, ia menggalakkan pembentukkan karies gigi(kerosakan gigi).  Setiap kali anda meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, kuman bakteria yang terdapat secara semulajadi pada gigi anda akan menggunakan gula ini dan menghasilkan asid.  Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda.