|
|
|||
|
MENGAPA
MAKANAN PENTING UNTUK FUNGSI OTAK? Nutrien
atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan
dengan itu mempengaruhi perangai dan juga kecerdasan otak seseorang itu.
Pada erti kata yang lain otak kita membangun dan boleh berfungsi dengan
menggunakan sumber-sumber protin, asid amino,lemak, karbohidrat. vitamin
dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang kita makan. PROTIN:
Dari Protin, otak menghasilkan bahan-bahan Neurotransmitters untuk
membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel
yang lain. Dari protin juga terhasinya enzim-enzim untuk berbagai
fungsi penting sel. Dari protin juga terhasilnya kimia-kimia
hormon sex, hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada bahan
pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protin. LEMAK:
Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding
sel (membran sel). kalau lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk
sel otak. Oleh itu lemak adalah penting untuk otak. GELUKOS:
Sejumlah besar glukos diperolehi dripada kabohiderat. Glukos ini
merupakan sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.
GARAM
GALIAN: Garam galian seperti magnesium, kalsium,sodium,
potassium dan selenium adalah amat penting untuk membolehkan sel
berhubung antara satu sama lain dengan sempurna. Galian-galian ini
merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim. |
|