|
|
|||
|
PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan. Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut. Bagi
masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan
tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan'
lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak
mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin
lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka
juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau
mendapatkan nasihat doktor. Kebanyakan
orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan
anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama.
Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan
doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk
mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan.
Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka
mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan. Mengapa
mati pucuk berlaku? "Masalah
kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan
neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar)
dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan
khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan
fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk
merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan,
penyakit jantung, ulser gastrik dan barah," katanya. Sambung Dr Daud, faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut. |
|