|
|
|||
PENGAMBILAN
MAKANAN BERKHASIAT Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga
yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca
utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit
jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat. Corak
pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan"
dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan
keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan
kesihatan. Seorang
Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di
negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet
for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan
terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi
kurang memakan makanan berserat. Tabiat
ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya
memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang
daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut? Terlalu
banyak lemak dan kolesterol
Makanan
seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan
sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi
banyak lemak dan kolesterol. Lemak
boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan
risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit
jantung. Makanan
berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi
banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja. Terlalu
banyak gula Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa
khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan
yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. |
|