Pengklonan manusia menurut Islam 

Di dalam Islam, hak mutlak menjadikan manusia itu adalah Allah s.wt. Tidak ada yang lain dari Allah s.w.t yang layak menjadikan manusia. Firman Allah :“Bukankah telah datang kepada manusia suatu waktu dari masa dan ketika itu merupakan sesuatu yang belum dapat disebut. Kami ciptakannya dari air mani yang bercampur dan Kami hendak mengujinya, lalu Kami jadikannya melihat dan mendengar.” (Al Insan : 1 - 2) 

Jadi jelas semua proses pengklonan itu tidak mengikut sunnatullah dan tidak jelas nasabnya. Bayi yang diklonkan itu tidak dapat diterima kewujudannya kerana tidak jelas identitinya juga. Di dalam Islam kaedah yang diperlukan untuk menetapkan hukum zuriat nasab dan keturunan itu menurut ijma ulama antaranya ialah : 


Menjaga keturunan itu termasuk ke dalam " Maqasidu Ad Dharuriyah " (Objektif-objektif penting) hukum-hukum syariat Islam. Kerana itu syarak mensyariatkan perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan mengharamkan pelacuran dan melarang menisbahkan nasab seseorang anak bukan kepada bapanya. Oleh itu bayi klon tidak dapat dinasabkan kepada sesiapa. 

Percampuran di dalam bentuk pergaulan yang halal antara seorang lelaki dengan seorang wanita adalah satu-satunya jalan yang membolehkan setiap orang darinya melepaskan dorongan nafsu yang dengan cara ini dapat menenangkan jasad dan melahirkan zuriat. Selain dari ini adalah tidak harus melainkan kerana dharurat. Bayi klon dihasilkan bukan dengan cara ini dan ianya tidak termasuk ke dalam masalah dharurat. 

Persenyawaan antara telur isteri dengan sperma suaminya tanpa dicampuri oleh sperma lainbaik manusia atau binatang adalah harus di sisi syara'. Apabila sabit hal ini, maka sabitlah nasab keturunan. Jika sperma itu tidak sama, maka ini haram dari segi syara' dan ada unsur perzinaan. Kerana itu kaedah bayi tabung uji yang mensenyawakan anak di luar rahim dengan menggunakan sperma suami isteri yang sah dari sudut nikahnya tidak menjadi halangan pada syara' di atas jalan dharurat. Sedangkan bayi klon tidak sama dengan proses ini kerana ia dicipta dari sel matang yang diambil dari induknya yang mempunyai ciri fizikal dan kod genetik yang sama sebelum meletakkannya ke dalam nukleus yang kosong bagi membentuk embrio manusia. 

Setiap anak yang lahir tanpa melalui proses tabi'i (iaitu melalui proses luar tabi'i) adalah dikirakan terputus nasabnya daripada bapanya dan dihubungkan dengan ibu yang mengandungkan dan melahirkannya, dan anak itu dikira anak zina. Hal ini pasti terjadi kepada bayi klon, iaitu samar identitinya. 

Kerana itu jelas di dalam Islam, proses pengklonan itu adalah haram. Kerana ia bukan sahaja memberikan mudharat dari segi bayi yang dilahirkan itu tanpa pengenalan, nasab yang jelas, faktor kemanusiaan dan psikologi, ia juga menghadapi kemungkinan diekspoitasikan oleh golongan tertentu untuk menjaga dan meneruskan kepentingan mereka. Yang pastinya akan menghasilkan kemudaratan dan kerosakan. Firman Allah :