|
|
|||
PERISTIWA
ISRA' & MIKRAJ 1. Bertemu dengan jin
Ifrit 2. Menyaksikan sekelompok
manusia yang bercucuk tanam dan menuai pada hari yang sama. Ini
adalah contoh bagi mereka yang taat mengerjakan amal soleh. 3. Semsa melintasi kubur
Masyitah baginda tercium satu bauan yang sungguh harum. masyitah
seperti yang dikenali adalah seorang pelayan kepada isteri Firaun 4. Menyaksikan sekelompok
manusia yang memakai cawat, memakan buah-buahan yang berduri dan ada
pula yang memakan bara api. Ini adalah contoh bagi mereka yang
tidak mahu mengeluarkan zakat. 5. Menyaksikan sekelompok
manusia yang menghempaskan kepalanya sendiri ke batu. Ini adalah
contoh bagi mereka yang malas untuk mengerjakan solat. 6. Menyaksikan sekelompok
manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging yang
masak dan enak ada di sisinya. Ini adalah contoh bagi mereka yang
memiliki isteri yang sah tetapi suka berzina dengan perempuan lacur. 7. Menyaksikan sekelompok
manusia yang berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah sedang
orang- orang yang duduk di tebingnya melemparkan batu ke arahnya.
Ini adalah contoh bagi mereka yang suka memakan riba dan duit haram 8. Menyaksikan sekelompok
manusia yang memikul kayu, walaupun beban yang ditanggung olehnya tekah
berat namun ia tetap menambah beban kayu itu atas bahunya. Ini
adalah contoh bagi mereka yang suka mengambil amanah tetapi tidak pernah
menunaikannya. 9. Menyaksikan sekelompok
manusia yang menggunting lidahnya sendiri. Ini adalah contoh bagi mereka
yang pandai bercakap tetapi ia sendiri tidak pernah melakukannya. 10. Menyaksikan
sekelompok wanita yang digantung dengan rambutnya di atas api neraka
sehingga mendidih otak di kepalanya. Ini adalah balasan bagi mereka yang
tidak mahu menutup aurat ari pandangan lelaki yang bukan mahramnya. 11. Menyaksikan
sekelompok wanita yang digantungkan dengan lidahnya di atas api
nerakalau dituangkan air panas ke dalam mulutnya. Ini adalah contoh
balasan bagi mereka yang sering menyakiti hati suaminya dan bercakap
dengan suara kasar serta tinggi. |
|