|
|
|||
SERIBU
SATU HAL MENGENAI SlLDENAFIL
citrate adalah nama saintifik bagi Viagra. Iadiambil daripada kumpulan
ubat-ubatan yang dipanggilPhosphosiesterase inhibitors. Fungsinya adalah
untuk menghalang aktiviti sesuatu enzim.Pada masa sildenafil gagal menunjukkan
kesannya mengawal ketidaknormalan tekanan darah tinggi, didapati pula
kebanyakan pesakit yang mengamalkan kumpulan ubat ini yang kebetulan
mempunyai masalah mati pucuk, dilaporkan mengalami ketegangan zakar. Bagaimanakah
sildenafil berfungsi?
Sildenafil berfungsi dengan menghalang enzim yang terdapat di dalam zakar yang secara semula jadinya menghasilkan bahan kimia dipanggil cyclic GMP. Cyclic GMP terhasil apabila berlakunya rangsangan seksual.Ia amat penting dalam mewujud dan mengekalkan ketegangan zakar secara normal. Lebih lama cyclic GMP berada di dalam zakar, peluang untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar adalah lebih baik. APAKAH
KESAN KESAN SAMPINGANNYA?
Sakit
Kepala kesan
sampingan yang biasa berlaku. Satu daripada 10 lelaki men galami sakit
kepala dan tambah teruk lagi apabila mengambil dos yang lebih tinggi. Gangguan
visual (buta warna) kehilangan
kebolehan untuk membezakan antara biru dan hijau. Ini kerana mata
mengandungi enzim yang lebih kurang sama dengan enzim yang dikeluarkan
oleh Viagra. Lebih kurang tiga peratus pengguna mengalami masalah
penglihatan Tekanan
darah rendah secara
tiba-tiba tekanan darah rendah boleh berlaku Viagra bersama
nitroglycerin atau ubat anti-hypertensive berisiko sama ada jatuh
pengsan atau kejutan. Priapism
Walaupun
ia tidak pernah berlaku dalam ujian, mengikut teori, lelaki yang
mempunyai penyakit anemia, leukemia atau urethral inflammation
menghadapi risiko mendapat priapism (ketegangan yang tidak normal selama
empat Jam atau lebih). Tanpa rawatan, priapism akan menyebabkan
kerosakan tisu dan menyebabkan impotens. Koronari
Koital Kadangkala
impotens adalah petanda awal penyakit jantung, kencing manis dan
beberapa jenis kanser. Mengambil Viagra mungkin boleh mengancam jiwa.
Lelaki yang mempunyai masalah koronari dan tidak melakukan hubungan
seksual beberapa tahun perlu berjumpa doktor. Penganiayaan Tidak siapa tahu kesan-kesan jangka panjang pengambilan Viagra yang terlalu banyak terutama kepada lelaki yang menyalahgunakannya. Walaupun secara relatifnya ia merupakan ubat yang selamat, terdapat kemungkinan pengguna secara psikologi akan terlalu bergantung kepadanya dan tidak boleh mencapai ketegangan tanpa Viagra. |
|