|
|
|||
PUNCA
KEGEMUKAN
Kalori
Berlebihan Punca Utama Kegemukan
Masalah kegemukan kini mungkin menjadi fenomena biasa di kalangan
kanak-kanak akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang atau teratur.
Menurut pakar perubatan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak
kalori daripada yang dapat digunakan oleh tubuh adalah antara penyebab
utama masalah kegemukan.
Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh
dalam bentuk lemak. Sebaliknya jika kalori yang diperolehi
daripada makanan adalah kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh, maka
lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga.
Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang turut menyebabkan
masalah kegemukan seperti dari segi fisiologi, keturunan, sosioekonomi,
trauma serta psikologi dan faktor berkenaan saling berkaitan antara satu
sama lain.
Selain itu, kegemukan juga berkait rapat dengan jumlah kalori yang
diambil dan banyaknya tenaga yang digunakan. Sebagai contoh, seseorang
yang banyak menggunakan tenaga akan kurang berlemak tetapi bagi mereka
yang kurang bersukan atau menggunakan tenaga akan lebih cenderung untuk
menjadi gemuk.
Kegemukan juga mungkin terjadi disebabkan kerosakan hipotalamus dan
semua sarafnya akibat kecederaan di kepala atau disebabkan kelainan
setempat yang boleh menjejaskan fungsi hipotalamus berkenaan. |
|