|
|
|||
PUNCA
BARAH PARU-PARU Tabiat
menghisap rokok Banyak
kajian menunjukkan kaitan langsung antara tabiat merokok dan penghidap
barah paru-paru. Malah, kadar kematian di kalangan perokok yang kerap
(heavy smoker) 20 kali lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok.
Presiden American Health Foundation, Dr Ernest I Wynder, menggariskan
seorang yang kuat merokok sekurang-kurangnya menghisap dua kotak rokok
sehari dan merokok setiap hari tanpa henti, berisiko melebihi 100
peratus menghidap barah paru-paru.Kalian juga menunjukkan, orang yang
menghidu asap rokok hampir setiap masa, turut berisiko menghidap barah
paru-paru. Asap rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan sampingan
seperti logam, toksid dan gas pencemar, merosakkan rerambut silia yang
meliputi rongga udara.Lapisan silia berfungsi menapis habuk dan zarah
halus daripada memasuki rongga peparu. Apabila sistem silia dilumpuhkan,
ia tidak mampu menapis debu justeru menyebabkan rongga terdedah kepada
kesemua bahan toksid. Ini menyebabkan sel paru-paru membahagi dan
membesar tidak sempurna serta menjadi sekelompok sel barah.
Pendedahan radiasi dan sesetengah bahan kimia, Ramai kurang peka bahawa pendedahan kepada sinaran radiasi pada sesetengah bahan kimia memungkinkan pelbagai penyakit barah. Pada 1991,160,000 penduduk benua Amerika mati disebabkan barah paru-paru kesan radon iaitu sejenis gas radioaktif semula jadi. Di dalam badan kita, ada kira-kira 25 juta sel yang membolehkan kita hidup. Justeru, tubuh kita terpaksa menjana sel dengan cepat, kira-kira 2.5 juta sesaat. Sel yang terdedah pantas bergerak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kanser. Kajian juga menunjukkan pendedahan ke" pada bahan gentian mineral, iaitu asbestos, menyebabkan barah paru-paru. Malah pen" dedahan kepada bahan kimia seperti bisdiloromethymethyl ether (BCME) dan chloro" methy-methyl ether (CMME) menyebabkan penyakit ini. Kini, penemuan terbaru mendapati ka lah rawatan radioterapi juga menyebabkan ko barah paru-paru. Pencemaran
atmosfera Barah
paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar
berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai ben~ tuk pencemaran.
Makanan
mengandungi lemak tepu.Menurut
Dr Takeshi Hirayana daripada Institute of Preventive Oncaogy,
Jepun, orang yang banyak makan daging yang tinggi kadar lemak tepunya
(saturated fats) seperti lemak babi serta kurang makan sayuran hijau,
mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ili.
Faktor lain yang masih dikaji ialah kemung. kinan barah ini disebabkan scar dan fibrosis dalam peparu atau jangkitan batuk kering atau tuberculosis (TB) yang baru sembuh se~ fibrosis lesions. |
|