|
|
|||
Segar Dengan Bahan Semulajadi Setiap
bahagian tubuh akan mencerminkan cukup atau tidaknya khasiat dan serat
yang dimakan. Begitu juga dengan kulit, jika rawatannya mencukupi dan
keperluan terhadap pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, B, C dan
E dipenuhi, kulit akan merefleksikan kesegaran dan keindahannya. Untuk
mendapatkan kesegaran dan kehalusan kulit, ternyata bahan-bahan
semulajadi yang terdapat di rumah boleh dimanfaatkan. Seperti mentimun,
nanas, limau nipis, dan madu. Limau nipis, selain mengandungi vitamin C,
potassium dan zat besi, juga memiliki vitamin A yang penting untuk
membentuk kulit, rambut, mata dan kuku yang sihat. Limau
nipis seringkali digunakan sebagai penyegar, terutama bagi yang
mempunyai jenis kulit berminyak. Sifatnya yang berasid boleh
mengurangkan kadar minyak di kulit wajah, memperkecil pori-pori dan
sebagai penyegar. Pengunaannya
boleh dilakukan dua kali sehari. Namun kaedah ini hanya sesuai dilakukan
oleh mereka yang berusia di bawah 40 tahun, kerana biasanya mereka yang
berusia di atas umur tersebut mulai memiliki kecenderungan kulit wajah
kering. Wanita usia ini sebaik-baiknya tidak menggunakan limau nipis
sebagai bahan penyegar. |
|