|
|
|||
Sejarah
Pengharaman Arak Arak
pada awalnya dihalalkan dalam Islam kemudian ia diharamkan. Kenapa?
Adakah kerana kandungannya atau kesannya sampingan apabila meminumnya? Khamar
atau arak pada permulaan Islam adalah dihalalkan. Kemudian turunlah ayat
di Madinah. “Mereka
itu bertanya kepada (wahai Muhammad) dari hal arak dan judi. Katakan,
Bahawa keduanya itu dosa besar, serta beberapa menafaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya itu lebih besar dari keduanya.” (Al Baqarah :
210) Selain
dari itu, Rasulallah s.a.w tidak menganggap sudah cukup dengan
mengharamkan minum arak, sedikit atau banyak, tetapi menjual atau
memperdagangkan arak juga adalah haram. Diriwayatkan : "Rasulallah
s.a.w melaknat arak, sepuluh golongan : Yang memeramnya, Yang meminta
diperam, Yang meminumnya, Yang membawanya, Yang meminta dihidangkan,
Yang menuangkannya, Yang menjualnya, Yang memakan harganya, Yang
membelinya dan Yang minta dibeli." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Kemudian
setelah turunnya ayat 90 surah Al Maidah , Rasulallah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya
Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui
ayat ini, dan dia masih mempunyai arak walau sedikit, maka jangan
diminum dan jangan munjualnya." (HR Muslim)
|
|