SELAMBER
Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya
sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia
terperasan yang lelaki disebelahnya dgn selambanyer turut
mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak
disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut
mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki
itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin
dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!rungut
wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba
terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang
terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi
dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang
terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya
kepada wanita itu.
Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya
dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang
separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu
berkata dalam hatinya "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka
tak malu. Pencuri besar.."
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan
untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik
nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya
untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu
bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.
Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku
makan tadi...Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan
lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap
lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya
sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu
telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang
lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang
sebenarnya.
|