








|
|
Shah
Rukh Khan vs umat Islam
Nama
Shah Rukh Khan memang tidak asing lagi bagi kita. Sebut sahaja nama
artis ini, tentu saja dia akan mendapat pujian tidak kira daripada
golongan tua atau pun muda. Kehadiran artis Bollywood ini dikatakan
telah memberi satu sinar baru kepada dunia perfileman di India. Namun
sedarkah kita artis yang bernama Shah Rukh Khan ini sebenarnya bukan
sahaja murtad tetapi juga merupakan penghina Islam. Kalau
mengikut cerita dari wartawan-wartawan, artis ini pada asalnya beragama
Islam. Di saat - saat kematian ibunya dia bersembahyang dan memohon
kepada tuhan agar tuhan memanjangkan menyelamatkan nyawa ibunya namun
hajatnya itu tidak dimakbulkan.
Pada ketika itu dia mengatakan tidak ada gunanya memohon pertolongan
kepada tuhan, yang mana dalam erti kata yang lain dia cuba menafikan
keagungan tuhan, Allah s.w.t. Dalam lakonan beliau sering kali beliau
menyembah berhala. Walaupun ianya sekadar lakonan, di sisi agama kita
ianya merupakan satu kesalahan besar yang membawa kepada jatuhnya
akhidah atau murtad. Ketika berkahwin dengan isterinya, Shah Rukh Khan
melangsungkan perkahwinannya dalam adat istiadat agama Hindu. Ini satu
lagi perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Menurut raran-rakan Tabligh saya yang baru pulang dari India, pejuang
Kashmir kini sedang cuba untuk membunuh Shah Rukh Khan. Menurut mereka
seorang Islam yang berkelakuan seperti ini darahnya adalah halal. Sabda
Nabi SAW yang bermaksud "Tidak halal darah seseorang muslim kecuali
tiga perkara: berzina, pembunuh dan orang yang lari daripada
agamanya(murtad)". Begitu sekali tegasnya para pejuang Islam di
Kashmir dalam isu Shah Rukh Khan.
Apa yang menyedihkan, di Malaysia sambutan atau minatnya orang ramai
kepada Shah Rukh Khan melebihi segala-galanya. Kalau diletak seorang
ulama di Stadium Merdeka dan pada waktu yang sama ditempatkan Shah Rukh
Khan di Stadium Bukit Jalil nescaya di Stadium Bukit Jalil penontonnya
lebih ramai walaupun terpaksa menghabiskan berpuluh-puluh atau
beratus-ratus ringgit. Apakah orang seperti Shah Rukh Khan ini patut
mendapat sanjungan? Mengapa kita sanggup memberikan sokongan kepada Shah
Rukh yang merupakan penghina agama kita? Di manakah terletaknya
maruah Islam?
Kedatangan penghina Islam, Shah Rukh Khan dan beberapa orang artis
Bollywood lagi telas menjejaskan imej Islam negara kita. Bagaimana kita
ingin mendapat barakah daripada hasil kutipan Tabung Amaml TYT ini
kiranya cara kutipan bercampur-baur dengan maksiat? Dalam konsert ini
Shah Rukh Khan telah sekali lagi menunjukkan secara terang-terangan
siapakah beliau sebenarnya. Cara kelakuannya sepangjang konsert tidak
langsung mencerminkan beliau seorang yang patut dijadikan ikutan. Cara
beliau berjenaka dengan penonton dengan menyembur air dari mulutnya ke
muka penonton menunjukkan betapa kurang ajarnya Shah Rukh Khan.
Bukan setakat itu sahaja, Shah Rukh Khan turut memakai rantai leher yang
mempunyai lambing salib yang agak besar. Sebagai seorang yang beragama
Islam beliau tidak sepatutnya memakai rantai leher apatah lagi yang
mempunyai lambing salib. Perbuatan ini jelas menunjukkan beliau sama
sekali tidak mengambil kira budaya dan adat resam negara kita serta
sensitiviti umat Islam di negara ini. Ini jelas menunjukkan Shah Rukh
Khan cuba mempermain-mainkan Islam serta menghina Islam. Apakah kita
masih lagi mahu menyanjung artis ini? Tidak takutkah kita pada Allah? Di
manakah keimanan dan maruah kita sebagai seorang Islam kiranya orang
seperti ini masih lagi mahu kita jadikan ikutan?
Sekiranya tidak mampu halanglah melalui perkataan. Dan jika tidak mampu
halanglah dengan hati, itulah selemah-lemah iman."
|
|




|