TALASEMIA
Penyakit Baka Musnahkan Sel Darah Merah

TALASEMIA adalah salah satu penyakit darah yang diwarisi. Ia adalah penyakit yang paling kerap menyerang kanak-kanak di kalangan masyarakat. Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 2000 pesakit di seluruh negara. Kini, kira-kira 100,000 kanak-kanak dari seluruh dunia dilahirkan dengan penyakit ini setiap tahun. "Talasemia ialah sejenis penyakit baka yang melibatkan sel-sel darah merah. Sel darah merah pesakit talasemia mudah pecah menyebabkan pesakit mengalami kekurangan penyakit darah. Ia adalah penyakit keturunan yang paling kerap ditemui di negara ini dengan 3-5% atau dari 5 dari 100 orang menjadi pembawa penyakit talasemia," terang Pakar Hematologi, Jabatan Pediatrik UKM, Dr. Rahman Jamal.

"Semua jenis talasemia berpunca dari keturunan. Ia diwarisi dari ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali yang membawa gen talasemia dalam sel darah mereka. Ia tidak boleh dijangkiti dari kanak-kanak lain yang meng- hidapnya. Seorang pembawa mempunyai satu gen normal dan satu gen talasemia dalam semua sel tubuh. Kebanyakan pembawa dapat hidup normal dan sihat.

Apabila dua orang pembawa berkahwin antara satu sama lain, anak mereka mempunyai risiko mewarisi talasemia sebanyak 25% atau satu dari empat peluang dari setiap ibu atau bapa mereka dan mengalami sakit lebih serius. Dua dari empat berpeluang menjadi pembawa seperti ibubapa mereka.Bagaimanapun, satu dari empat peluang untuk kanak-kanak mewarisi kedua-dua gen normal dari ibubapanya dan bebas dari penyakit atau pembawa talasemia.

Talasemia tidak boleh dicegah buat masa ini tetapi program pendidikan kesihatan, ujian darah, kaunseling genetik dan diagnosis pranatal mampu menyediakan keluarga dengan maklumat perubatan sepenuhnya bagi membantu mereka mendapatkan anak yang sihat. Mereka yang merasakan mempunyai talasemia atau pembawa talasemia boleh berjumpa pakar genetik bagi mendapatkan maklumat dan membuat ujian. Kaunselor genetik boleh membantu anda membuat perancangan mengenai keluarga anda.

"Secara keseluruhannya, pesakit yang mendapat rawatan secara optimum berpeluang mempunyai jangka hidup sehingga 40an. Sebaliknya, rawatan yang tidak sempurna hanya memberi peluang jangka hidup sehingga usia 20an sahaja. Selain itu pesakit boleh mengalami kegagalan iantung.