|
|
|||
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM Tanda
40 hari sebelum hari mati Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan
mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat
maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda
7 hari Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan. Tanda
3 hari Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang
akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya
akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda
1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda
akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. |
|