TANDA-TANDA SIFAT MUNAFIK DALAM DIRI

1. Mengambil atau merampas harta orang lain dengan cara menganiaya dan menindas, iaitu cara yang tidak diizinkan dan diredai oleh agama Islam

2.  Bergaul serta mendekati terhadap golongan yang sering mempersendakan dan memperolokkan keterangan Allah dan rasulnya terutamanya golongan kaum munafik dan kafir

3.  Mengambil dan memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sah serta menzaliminya.

4.  Mendedahkan rahsia keburukan orang lain ke pengetahuan umum dengan niat untuk mengaibkannya.

5.  Tidak merasa menyesal diatas kesalahan dosa, maksiat dan kemungkaran yang dilakukannya malah merasa gembira, tenang dan aman dengan perbuatan yang dimurkai oleh Allah itu.

6.  Menipu dalam urusan jual beli sama ada dalam sukatan atau timbangan ataupun menyembunyikan kecacatan dan kerosakan sesuatu barang yang mana akhirnya menimbulkan kekecewaan pada sebelah pihak

7.  Dengan sengaja melewat-lewatkan pembayaran balik hutangnya sedangkan ia mampu menyelasaikannya dengan segera.

8.  Menjadi saksi palsu atau memberi keterangan palsu dan dusta bagi menyelasaikan sesuatu kes dan permasalahan pada jalan mencari kebenaran.

9.  Menghina para sahabat  Rasulullah s.a.w. serta mereka yang telah menyatakan keislamannya dengan kepada baginda semasa hayatnya.

10. Tidak mahu berjihad dan berjuang pada jalan Allah bagi menentang kezaliman, kemungkaran serta kebatilan yang ada malah menhalang dan menghasut pula umat Islam yang lain dari keluar berjuang.

11. Merasakan berat dan malas dalam menunaikan setiap ibadah yang diperintahkan sama ada melibatkan ibadah fardhu ain ataupun ibadah fardhu kifayah.

12.  Melupai Allah sama ada dalam keadaan senang ataupun susah, kaya ataupun misin, sibuk ayaupun berkelapangan

13.  Melengah-lengahkan sembahyang fardhu dengan sengaja sehingga tamat waktu

14.  Sentiasa melalaikan dan melarikan diri dari menunaikan sembahyang secara berjemaah tanpa ada keuzuran syara' walaupun setelah mendengar azan tetapi ia teap tidak mahu mendatangi masjid.

15.  Mempersendakan dan mempermainkan akan kesucian dan kebenaran agama Islam serta sunnah rasul.

16.  Mengumpat dengan menceritakan serta mendedahkan akan keburukan dan kecacatan peribadi seseorang atau pebuatan seseorang yang tidak disukainya dengan sengaja dengan niat untuk memalukannya.

17.  Mencaci maki terhadapap saudara seagama

18.  Memiliki sifat riya' seperti kataa Saiyidina Ali r.a." tanda orang yang bersifat riya' itu ada tiga iaitu:
    a.  malas bila bersendirian
    b.  menunjukkan sifat rajin bila di depan khlayak ramai
    c.  Ia akan menambah amalannya bila dipuji dan mengurangkannya bila dicela