TELUR
REBUSKU SAYANG
Aku
ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku
baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada
satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa
aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku
memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur
rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya
begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab
kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu...
ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum
balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum
aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise'
untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam
yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai
ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba
buka ikatan yang menutup mataku.
Aku
nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba
telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada
chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun
angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya
PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia...
adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi
telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku
tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah,
kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu
aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan
dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup
hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la..
mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....
lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas
tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata
'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku
buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak
mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan.
Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?MAMPUS...
|