|
|
|||
WANITA
AHLI SYURGA / NERAKA Wanita
ahli syurga seperti yang Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. 1.
Wanita yang kematian suaminya sedang ia mempunyai anak-anak yang ramai
dan masih kecil. Ia dengan ikhlas hati menguruskan anak-anaknya dan
memberikan mereka pendidikan serta pelajaran di samping memperlakukan
mereka dengan baik 2.
Wanita yang tidak bersedia untuk berkahwin semula kerana mengutamakan
masa depan anaknya. 3.
Wanita yang banyak zuriatnya dan seorang yang penyabar serta dapat
menerima dengan senang hati segala kekurangan dan kesempitan dalam
kehidupan bersama suaminya. 4.
Wanita yang bersifat pemalu, jika suaminya keluar ia akan meguruskan dan
menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya
datang kepadanya ia akan menjaga mulut dari 5. Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dirinya dari melakukan perbuatan yang haram serta sentiasa patuh dan taat kepada Allah dan suaminya. WANITA
AHLI NERAKA Wanita
Ahli neraka seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. 1.
Wanita yang tidak memelihara auratnya dari pandangan lelaki yang bukan
muharramnya. Bila keluar rumah ia akan menampakkan segala
perhiasannya serta memeperlihatkan kecantikannya dengan sengaja untuk
menarik perhatian lelaki. 2.
Wanita yang suka memaksa suaminya bagi mendapatkan sesuatu barang atau
keperluan yang diingininya sedangkan permintaan itu tidak mampu
ditunaikan suaminya. 3
Wanita yang celupar mulutnya bila berhadapan dengan suami. Bila
suaminya keluar ia tidak menjaga diri serta kehormatannya, bila suaminya
datang kepadanya ia akan memaki hamunnya. 4.
Wanita yang tidak mempunyai matlamat atau tujuan hidup kecuali untuk
makan, minum, tidur, berhibur dan berseronok tanpa batas. Ia tidak
rela berbakti kepada Tuhannya, terhadap Rasul dan juga suaminya. |
|