WASIAT RASULULLAH SAW

"Telah bersabda Rasulullah S.A.W Jibril sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu: 
 

    • sembahyang yang lima, 
    • beriman duduk bersama ulamak-ulamak, 
    • menziarahi orang sakit, 
    • menghantar jenazah, 
    • memberi air minuman, 
    • mendamaikan antara dua orang yang bermusuh-musuhan dan 
    • memuliakan jiran serta anak-anak yatim. 


Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta'ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. 

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud:
" Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhannya maka hendaklah dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa jua pun."