ZAKAT EMAS

Emas Yang Disimpan
Emas disimpan membawa maksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun . Jika emas itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka diwajibkan zakat keatasnya sebanyak 2.5% atas nilni emas sahaja.

Contoh pengiraannya:
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 6,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM6,000 x 2.5% RM 150

Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat  melainkan berlebihan dan "uruf" (kebiasaan sesuatu masyarakat). Kalan melebihi "uruf" maka zakatnya jalali 2.5% atas nilai yang lebih sahaja . Nilai uruf yang ditetapkan oleb pihak MAINJ jalali 200 miskal bersamaan 850 gram.

Contob pengiraannya:
[Berat emas yang dimiliki  Berat 850 gram]x Rarga semasa emas x 2.5% = Jumlah Zakat.
[950 gram - 850 gram) x RM 30 * x 2.5% = RM 75
*Andaian harga emas semasa = RM3O

ZAKAT PERNIAGAAN
Pengiraan zakat ini berlainan daripada pengiraan zakat yang lain.  Cara pengiraannya seperti berikut:-
1. Nilal stok pada hari genap setahun (perniagaan tersebut).
2. Menilai semua barangan perniagaan yang ada dalam mana - mana simpanan
3. Jumlah wang tunai yang ada dalam tangan.
4. Jumlah wang pusingan, wang tunal yang berada dalam mana - mana institusi kewangan atau bank.
5. Hutang yang dijamin boleh didapati semula bayarannya.
6. Pelaburan dari hasil perniagaan
7. Nilal aset tetap yang bukan untuk dijual tidak akan diambilkira dalam membuat penaksiran.

Contoh pengiraannya:
Jumlah dari bilangan 1 hingga 6 dicampur jumlahnya x 2.5% bagi mendapatkan jumlah zakat.