ZAKAT WANG SIMPANAN

Wajib dikeluarkan apabila telah cukup haul (cukup tempoh setahun wang tersimpan bagi tempoh 354 hari untuk setahun Hijrah).Jumlah ini bergantung kepada harga emas (nilaian harga emas seberat 85 gram) semasa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Nisab wang simpanan ini boleh didapati di Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Pejabat - pejabat Agama Daerah . Bagi simpanan yang cukup haul dan nisab zakatnya sebanyak 2.5% atau 1/40.

Contoh pengiraanya:
RM 2,850 x 2.5% = RM 71.25

ZAKAT KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja wajib dikeluarkan zakat setelah pencarum mengeluarkan wang dan menyimpannya dalam tempoh setahun ( Simpanan yang mencukupi nisab dalarn masa setahun ). Zakat yang dikeluarkan atas kadar 2.5% atau 1/40.
Contoh pengiraanya:
Jika pencarum mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM 20,000 , maka zakatnya ialah
(RM 20,000 x 2.5%) = RM 500

ZAKAT SAHAM
Panduan umum pengirarn zakat atas saham ialah 2.5%
atas harga semasa semua sabam yang dirniliki setahun setelah ditolakkan dengan pinjaman membeli saham jika ada).

Saham - Saham Yang Tidak Disenaraikan
Saham jenis ini tidak mudab ditunaikan. Secara praktiknya, zakat dikira atas dividen yang diterima. Jika dividen yang diterima itu menyamni atan melebibi daripada nisab, zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripadanya.

Saham - Saham Yang Disenaraikan
Bagi saham yang disenaraikan asas pengiraan zakat jalab nilai terendab dari campuran wang dan saham yang dirniliki , akan dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% atan
1/40.

Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat
Zakat tidak perlu dibayar atas saham di mana syarikat tersebut telah pun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang - pemegang sahamnya. Begitu juga dengan dividen saham.