Nukilan Kreatif

Ayam BerKokok

Kejadian ni berlaku pada januari 1993 di sebuah kolej di seremban semasa minggu orentasi. Kami seramai 137 orang telah diragging oleh senior kami dan pada hari kedua seperti biasa kami dipaksa mengira jumlah pelatih baru.

Jumlah pelatih kurang seorang walaupun telah di kira sebanyak 3 kali. Sedang dalam kekalutan tiba-tiba berlari-lari anak rakan pelatih yang rupa-rupanya terlewat bangun. Seperti biasa mamat tersebut dimarahi kerana tiada displin.Mamat tersebut memberi alasan di seremban tiada bunyi kokokan ayam untuk mengejutnya seperti mana kebiasaannya di kampung. Ketua senior menjadi marah dengan alasan yang tak logik lalu mengarahkan mamat tersebut berkokok seperti ayam.

Tanpa segan silu mamat tersebut terus bertempik persis seekor ayam jantan lalu membuatkan kami semua ketawa. Oleh kerana kami ketawa maka senior kami bertambah marah lalu menangkap beberapa pelatih baru yang lain yang ketawa melampaui batas. kalau tidak silap saya adalah seramai 10 pelatih dan mereka diarahkan berkokok bunyi-bunyi ayam yang ada di dunia ni selain ayam jantan.

Lalu adalah bunyi ayam belanda , ayam hutan , ayam laga dan berbagai-bagai bunyi ayam dan akhirnya tinggal 2 pelatih yang kehabisan idea. Tiba-tiba dalam kekalutan pelatih yang belum berkokok terus mengeluarkan bunyi "Bang , singah bang" dan senior kami mula berasa pelik dan bertanya bunyi ayam apakah itu dan dengan rasa terkulat-kulat pelatih tersebut menjawab itu bunyi 'ibu ayam' dan jawapan nya diterima walaupun tak logik.

Yang tinggal hanya seorang pelatih kalau tidak silap pelatih berbangsa cina dari kelantan . Dalam ketakutan pelatih terbabit terus berbunyi "Sioooh,Sioooh,Sioooh' sambil muka terus kelat. Bila ditanya bunyi ayam apakah itu lalu dengan tergagap-gagap pelatih itu menjawap bunyi........ ayam........ di goreng.