Nukilan Kreatif

 

BaDAK

Suatu petang, tiga pelajar Malaysia yang baru tiba sedang menunggu kereta api di sebuah stesen kereta api bawah tanah di kota London. Sementara menunggu ketibaan kereta api, mereka berbual- bual tentang saiz badan mat saleh. Ada yang terperanjat dengan tubuh montok seorang gadis mat saleh yang kebetulan turut berada di situ.

“Tengok mukanya masih muda remaja, tapi tubuhnya aduhai,” ujar Atan.

“Apa nak dihairankan Tan, sememangnya mat saleh bertubuh besar,” tegas Jiman.

“Cuba kamu tengok lelaki di hujung sana tu, badannya lagi besar,” katanya.

“Mak aii! Badannya gemuk macam badak,” jerit Atan.

Tidak lama kemudian keretap api pun tiba. Ketika hendak memasuki kereta api itu bahu Atan dipegang seseorang.

“Tepi, tepi, badak nak lalu,” kata satu suara.

Atan, Jiman dan seorang rakannya terlopong mendengar kata-kata daripada mat saleh itu.