Nukilan Kreatif

 

BAju CinTA

Ketika melawat anak gadisnya yang baru berkahwin, Mak Munah terkejut apabila melihat anaknya tidak memakai seurat benang ketika membuka pintu. Melihat emaknya yang telah berumur hampir 65 tahun hampir pengsan. Rokiah cepat-cepat memberitahu ibunya bahawa itu adalah 'baju cinta' dia dan suami.

Mak Munah kehairanan, lantas Rokiah memberitahu, “Suami saya menyukainya. Saya pun senang begitu.”

Setelah berfi kir panjang, Mak Munah merasakan idea itu bagus untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Apabila pulang ke rumahnya, Mak Munah menanggalkan kesemua pakaiannya, mandi, berbedak, memakai minyak sewangi-wanginya dan menunggu kepulangan Pak Jusoh, suaminya.

Tidak berapa lama kemudian Pak Jusoh mengetuk pintu. Dengan pantas Mak Munah membuka pintu sambil menayangkan badannya tanpa seurat benang itu.

“Kenapa kau ni, buang tabiat ke? Marah Pak Jusoh.

“Inilah baju cinta kita,” kata Mak Munah dengan manja.

“ Habis kenapa tidak seterika dahulu, banyak sangat kedutnya!” Balas Pak Jusoh dengan selamba.