Nur, seorang eksekutif muda disalah sebuah syarikat telekomunikasi
terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri
kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan dengan
lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia.
Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan
malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif
selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali
Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana
dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit.
Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan
kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang
banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah.
Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik. Kadangkala Nur tiada langsung selera
makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada
sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan
Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang
sangat sukakan seafood.
Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang
dan baik hati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain
itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan
dirinya gelisah terutama pada waktu malam.
Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya
membawa Nur berjumpa bomoh. Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur
tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil
tidak mahu membawa Nur pergi berubat amatmengejutkan rakan-rakan sepejabatnya.
Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan
suami Nur. Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang
Nur terkena buatan orang! ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi.
Bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini
persoalan mereka mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah.
Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan
perkara tersebut ke atas isterinya sendiri? Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Dihospital, mereka menerima satu lagi kejutan
apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri.
Mana mungkin rawatan moden juga
memberikan jawapan tersebut. Tapi
yelah...memanglah Nur terkena buatan
orang, dia disahkan mengandung 2 bulan!...betullah terkena buatan suami
sendiri.................. |