Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri CT Ixabelle. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka arakian meraka akan cair jua.
Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh
tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.
Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung.....
Amat malamg,kesemua peserta lelaki gagal dalam pertandingan
tersebut sehinggakan logam Titanium & batu berlian pun
menjadi cair bila disentuh puteri tersebut.
Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.
Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak
memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini...
Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja.
Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan...
Maharaja tanya puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......
Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe.....
BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TAK CAIR DITANGAN!
KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...
TAK SESUAIII TAU KORANG
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH |