Tazkirah

Celaka atau bahagia???

Assalamualaikum w.b.t.. 

Disini saya ingin menyampaikan satu lagi ilmu yang patut kita semua tahu dan dapat menyedarkan kita akan hakikat kehidupan di dunia ini... 

Ingatkanlah diri kita bahawa setinggi mana pun ilmu kita dalam ilmu agama belum tentu kita masuk syurga dan serendah mana pun ilmu kita belum tentu juga kita masuk neraka.. begitu jugalah dengan sebaik-baik manusia dan sejahat-jahat manusia pada pandangan mata kasar kita.. Oleh itu, jangan kita suka merendah-rendahkan orang lain mahupun mengangkat diri sendiri kerana antara kita tiada bezanya... 

"Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : 

' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 
hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : 

rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. 

Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga 
dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. 

Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal 
dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. " 

Tidak terfikirkah kita selama ini? Sesungguhnya kita tidak mengetahui nasib kita walau kita belajar ilmu setinggi mana sekalipun, kaya mana sekalipun, kuat mana sekalipun, namun kita tidak boleh menghalang takdir Allah. Jadi, pohonlah pada Allah selalu moga ditetapkan dan dimatikan dalam iman serta beroleh kebahagian berkekalan(akhirat) 

Fikirlah saudara-saudaraku... kiranya kita menyedari, mengakui dan memahami hakikat hidup ini, nescaya terpeliharalah kita dari sikap riak, takbur, ujub, bangga diri dengan kelebihan yang kita... sesungguhnya antara kita tiada bezanya kerana sesungguhnya Allah yang menilai kita.. 

"LIHAT LANGIT, LIHAT BUMI, SIAPA DAN MENGAPA KITA DI SINI" 

Wassalam...