Komputer & Internet

Cetak Rompak Laman Web

Kita selalu terdengar atau terbaca mengenai lanun cetak rompak untuk VCD, kaset, dan CD. Dunia Internet juga tidak lari dari masalah ini - Cetak Rompak.

Cetak rompak bermaksud mengambil atau menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya seperti hak milik sendiri. Kejadian sebegini memang selalu terjadi tidak kira di peringkat bawahan, amatur malahan di peringkat profesional pun kadangkala terjadi perkara sebegini. Antara yang dikatakan sebagai cetak rompak ialah:

Mengambil dan menggunakan imej / grafik dari laman web seseorang (tanpa kebenaran) untuk diletakkan di dalam laman web sendiri.

Mengambil dan menggunakan hasil kerja seseorang tanpa kebenaran walaupun beliau sendiri tidak menggunakannya (kes mencuri hasil kerja orang dari komputer beliau).

Menjaringkan imej / grafik / halaman secara terus-menerus dari laman web seseorang ke dalam laman web sendiri. Ini boleh menyebabkan laman web anda menjadi lembab (steal bandwidth).

Menggunakan sepenuhnya hasil kerja orang lain dan hanya menukar isi kandungannya.

Kegiatan ini memang amat sukar untuk dihalang atau dielakkan kerana tidak ada lagi cara yang berkesan. Jika anda menggunakan Javascript untuk mematikan fungsi klik kanan, kesemua isi kandungan anda masih boleh disimpan (menggunakan fungsi Save As di dalam Internet Explorer).

Jadi, amalkan perbuatan meminta kebenaran dari tuan punya sebelum menggunakan hasil kerjanya. Jika kebenaran diberi maka gunalah dan jika sebaliknya makan elakkan dari menggunakannya. Silap langkah ada kemungkinan anda boleh disaman. Siapa tahu?

 

Kesimpulannya, janganlah melakukan perkara sebegini. Cetak rompak laman web meninggalkan kesan buruk kepada diri sendiri (kredibiliti hilang). Gunakan pengetahuan dan kemahiran anda sendiri untuk menghasilkan hasil kerja sendiri. Sekiranya tidak berpuas hati dengan pengetahuan atau kemahiran yang anda miliki, terdapat banyak ruang di Internet ini untuk ada terokai dan pelajari darinya.Semoga Berjaya :)