"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi,
ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke
pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak
jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam.
Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana
janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?
Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur
pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas
itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di)
padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama
Kebangsaan, 1997).
"Kenapakah ada antara kita yang lebih suka kepada simbol-simbol
Islam seperti pakaian dan janggut dan tidak memberi tumpuan kepada
perkara-perkara yang lebih berat bagi orang Islam seperti persaudaraan
dan pertahanan?"(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC,
Perhimpunan Agung UMNO)
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak
benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita
masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama
Kebangsaan, 1997).
"Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol
anak. Tengok masuk dalam mahkamah (ber)ketayap, (ber) kopiah putih,
isteri pakai tudung kepala. Tapi buat kerja apa?"(Dr. Mahathir
Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah
mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita
daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka
yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997,
PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
"Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan
bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran
Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung
UMNO).
NeXt>>>>
|