








|
|
Tazkirah
Peranan
Lelaki / Wanita
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah
seperti berikut:-
lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.
lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN !
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab
keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala
dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya. BERATKAN !
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram
bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi
menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong.
Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya
mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang
lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.
Wanita
1. wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
6. wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu
taat pd isterinya.
7. talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan
nifas yg tak ada pada lelaki.
Ingin Berkongsi
Tazkirah
anda dalam ruangan "Tazkirah", Sila E-mail
kepada saya.
|
|




|