|
|
|||
|
Seekor
Unta Sejuta Khasiat “Dan
sesungguhnya pada binatang-binatang ternak , benar-benar terdapat
pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu
yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-bintang ternak itu
terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu
makan.” (Surah al Mu’minun ayat 21) Jika
diamati ayat al Quran ini, sememangnya terlalu dalam makna tersirat akan
kebaikan makhluk bernama UNTA. Selain diguna sebagai alat
pengangkutan, unta mempunyai pelbagai kegunaan. Menurut beberapa fakta,
unta mempunyai sejuta kelebihan dari hujung kepalanya hinggalah ke kuku
kakinya. Bahkan ada pendapat lama mengatakan kencingnya juga elok
dijadikan penawar. Hati
unta misalnya dikatakan elok untuk mengubati penyakit lelah, semput
mahupun Asma. Ia juga dikatakan boleh menghitam dan melebatkan rambut
manakala dagingnya sesuai untuk memanaskan badan dan menghindarkan letih
dan lenguh.lemak yang terdapat pada bonggol unta juga mujarab dijadikan
ubat sapu atau minyak urut. Beliau turut menurunkan tips membuat minyak
unta ini. Katanya, masak lemak bonggol hingga cair dan sejukkan. Bila
hendak digunakan hanya ambil sedikit sahaja untuk disapukan ke bahagian
yang sakit. Bagi
mengelakkan ia kehilangan zat, hiris daging nipis-nipis. Namun menurut
beberapa pihak yang sering berkunjung ke tanah Mekah, daging unta
terbaik adalah daging anak unta jantan.Di kawasan jualan daging unta itu,
tiada seekor lalat pun menghinggapi daging tersebut sebaliknya
daging-daging itu dihurung oleh tebuan. Ini bermakna daging unta
bukanlah seperti daging kambing yang hamis dan tinggi kolestrol.
Sebaliknya daging unta lebih manis, berlemak dan tiada kolestrol.Hati
unta lebih berkhasiat dibuat sup. Walaupun rasanya sedikit payau namun
ia tetap manis berlemak.Susu unta amat berkhasiat berbanding susu haiwan
ternakan lain. Lemak yang terkandung dalam susu unta dikatakan 40% lebih
rendah daripada susu lembu. Susu
unta juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium,
potassium dan zat besi. Dari kajian yang dibuat oleh beberapa pihak,
susu unta tahan lama jika betul cara pensterilannya.Susu unta tahan lama
andai dididihkan bersama gula pasir. Setelah disejukkan ia tidak akan
masam atau berkulat..Susu unta mampu mempercepatkan penyembuhan
luka-luka dalaman. |
|